Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S

 

LATAR BELAKANG TAWAU

~ Sebelum wujudnya Penguasa Tempatan di Daerah Tawau pada 1961, sebaik-sebaik sahaja Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dikuatkuasakan "TAWAU SANITARY BOARD" memang telah wujud di bawah pengawasan Pejabat Daerah Tawau dan ianya bertindak sebagai Penguasa Tempatan. Apabila Ordinan Kerajaan Tempatan dikuatkuasakan dalam tahun 1961, maka wujudlah dua Penguasa Tempatan di daerah ini iaitu Lembaga Bandaran Tawau dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau. Walau bagaimanapun Pejabat Daerah Tawau masih lagi bertanggungjawab ke atas pentadbiran daerah serta melaksanakan projek-projek pembangunan kerajaan. Manakala Lembaga Bandaran Tawau dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau hanya menghadkan kegiatan-kegiatannya kepada perkhidmatan awam seperti mengendalikan lesen-lesen perniagaan, memungut cukai-cukai serta menyediakan perancangan pembangunan setempat sahaja. Pada masa itu kuasa pentadbiran Lembaga Bandaran Tawau hanya merangkumi 4 batu radius dari Pusat Bandar, sementara kawasan-kawasan selepas itu pula adalah terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Luar Bandar Tawau.

~ Pada 1 Januari 1979, jawatan Residen Tawau dimansuhkan dan jawatan Pengerusi Lembaga Bandaran Tawau diambil alih oleh seorang Pegawai dari Perkhidmatan Awam yang bergelar "Pesuruhjaya" selain daripada menjadi Ketua Jabatan, Pesuruhjaya ini juga bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Bandaran Tawau.

~ Pada 1 Januari 1982, Lembaga Bandaran Tawau dan Majlis Daerah Luar Bandar dicantumkan dan itu wujudlah MAJLIS PERBANDARAN TAWAU (MPT). Percantuman kedua-dua Kuasa Tempatan ini kemudian mengubah gelaran "Pesuruhjaya" kepada "Presiden" dan "Pegawai Kerja" menjadi "Setiausaha".

~ Pada 1 Januari 1984, Pejabat Daerah Tawau pula dimansuhkan dan diserapkan ke dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ) di bawah Enakmen Negeri Sabah No. 10/84. Dengan itu bermulalah Majlis Perbandaran sebagai pusat Pentadbiran di daerah Tawau. Bekas Pegawai Daerah kemudian menjadi "Timbalan Presiden" Majlis.

~ Dengan peruntukan Enakmen tersebut Timbalan Presiden kembali mengendalikan tugas-tugas yang dahulunya dilakukan oleh Pegawai Daerah Khususnya pembangunan Luar Bandar. Hal-hal yang bersangkutan dengan tanah, kehakiman dikendalikan kepada jabatan-jabatan berkenaan kecuali kes-kes yang melibatkan Mahkamah Anak Negeri.


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau